Home

Spa Qaseh

RAWATAN TERBARU

URUTAN (pecah lemak/selulit/menggeleber)

1 sesi = RM30.00

2 sesi = RM50.00

5 sesi = RM100.00

Sila buat temujanji anda SEKARANG...diJAMIN keberkesanannya...

hotline 017-6769435

 

 

Last Updated ( Wednesday, 12 October 2011 08:58 )

 

Apakah Tenaga Inframerah (Far Infra Red)

Matahari memancarkan sinar elektromagnetik dan pancaran dari pelbagai spektrum. 80% daripadanya adalah dalam bentuk inframerah, diantara 5.6 sehingga 1000 micron. Pancaran ini tidak boleh dilihat tetapi boleh memanaskan objek tanpa memanaskan persekitaran

Badan manusia menyerap dan memancar pancaran FIR.FIR 8 hingga 15 micron sesuai dengan getaran tisu badan. Sauna FIR menggunakan SOlaris Carbon Fibre Heating Technology yang digunakan NASA untuk memastikan suhu badan mereka sentiasa stabil di angkasalepas. 

 

Penyahtoksin

Pancaran Infra Red boleh menembusi sehingga 4cm ke dalam tisu anggota badan seterusnya meningkatkan metabolisme. Bahan toksin akan diserap ke salur darah dan dibuang melalui peluh.

Analisa peluh menunjukkan peluh yang dihasilkan dari sauna FIR mengandungi 80% air dan 20% bahan toksin seperti cadmium plumbum,tembaga dan racun perosak.Penggunaan sauna selain FIR hanya mengandungi 97% air dan 3% bahan toksin.

Membantu Mengurangkan Berat

Setiap 30 minit berada di dalam sauna FIR boleh mengeluarkan 1,000gram peluh dan membakar 600 kilokalori bersamaan dengan berlari sejauh 8km. Lemak akan menjadi larut air pada suhu 38C dan dinyah dari badan melalui peluh.Dengan penggunaan sauna FIR yang berterusan, lebih kalori terbakar seterusnya mampu membakar lemak dan mengurangkan berat.

Membantu Sistem Kardiovaskular

Dengan keupayaan penembusan haba yang tinggi,secara semulajadi sistem badan akan bertindakbalas dengan menyalurkan aliran darah ke ekstremiti.Keadaan ini akan meningkatkan denyutan jantung, keupayaan jantung dan kadar metabolisme seolah-olah kita sedang melakukan aktiviti atau senaman.

Oleh itu sauna FIR sangat berfaedah untuk mereka yang tidak mampu melakukan senaman fizikal tetapi masih mampu mempunyai sistem jantung yang sihat.

Membantu Aliran Darah

Sebaik sahaja badan menjadi hangat didalam kabin sauna FIR, salur darah akan berkembang dan menyebabkan jantung bekerja dengan lebih cepat mengalirkan darah ke bahagian ekstremiti. Ini akan membantu menambah oksigen kepada semua bahagian anggota badan.

Dengan membantu pengaliran darah ia akan membantu mengatasi masalah radang sendi, mempercepatkan proses penyembuhan,menguragkan tekanan dan kebaikan kesihatan yang lain.

Meningkatkan Imuniti

Semasa bersauna FIR, peningkatan suhu badan akan meningkat sistem antibodi badan bekerja dengan lebih baik dan lebih cekap.

Menyihatkan Kulit

Semasa berpeluh, liang roma akan terbuka dan seterusnya membuang kekotoran, minyak dan kulit mati seterusnya membantu mengurangkan parut, jerawat dan masalah penyakit kulit.

Membantu Membuang Selulit

Dengan keupayaan FIR boleh menembusi tisu sehingga 4cm , ia mampu memecahkan lemak selulit yang terperangkap dibawah lapisan kulit seterusnya membuangnya melalui peluh.

 
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday4
mod_vvisit_counterYesterday47
mod_vvisit_counterThis week150
mod_vvisit_counterLast week238
mod_vvisit_counterThis month850
mod_vvisit_counterLast month1824
mod_vvisit_counterAll days26487